5 mei 2013, seluruh rakyat Malaysia, telah menyaksikan sekali lagi keputusan memihak kepada Barisan Nasional. haha....tahniah BN. so , blom BE END lagik, seperti yang diuar-uarkan. Walaupun ada beberapa kerusi parlimen yang hilang dari genggaman BN, namun, majoriti masih memihak kepada BN, dan diharap post-mortem yang dijalankan bakal menemui penyelesaian untuk merampas kembali kerusi BN yang hilang, khususnya dikawasan bandar.
Tahniah juak kita ucapkan di bahagian negeri, dimana BN berjaya merampas negeri KEDAH, yang sekarang diterajui oleh anak Tun Mahathir , iaitu Mukhriz Mahathir. BN gagal merampas selangor , kelantan dan Pulau Pinang. Namun begitu, di Kelantan, penerimaan BN semakin ketara, apabila ada kerusi yang diambil alih oleh kerajaan Barisan Nasional. Sik lupak juak nak ucapkan tahniah kepada Ketua Menteri P.Pinang Lim guan eng,kerana mengekalkan pakatan rakyat sebagai parti memerintah.
Dalam PRU 13 kali tok juak, kita menyaksikan beberapa kejutan, yang mana nama-nama besar banyak kalah dalam pertandingan kali tok. Antaranya, Abdul Ghani bekas Menteri Besar Johor, bekas Ketua Menteri Melaka, seterusnya, Haron Din, Mat Sabu, Ibrahim Ali dan beberapa pemimpin MCA. Mun bena pilihanraya kali tok sik bersih, sik mungkin orang BN pun boleh kalah nak????
#INI KALILAH perlu ditukar ke #LAIN KALILAH, hehehe, bukan apa, sikap terlampau yakin Anwar menyebabkan nya sendirik malu. Dan terbaru nak molah perhimpunan di stadium Kelana Jaya dan PR ada plan nak molah BERSIH 4 ,adoi, nang nak merusuh ajak la kerja sidak pembangkang tok....sik cukup dengan ya kelak, tabor fitnah. . lepas ya, pakatan mention Pasal blackout, yang pengikut bodoh tok tek, yang siktauk cerita, ekot ajak. Pasal bangla, pasal dakwat, semua mok diungkit masa kalah.
Sebelum pilihanraya, bukan main megah dan bangga dengan menyatakan undi popular adalah memihak kepada pakatan rakyat. COME ON LAH, yang di interview hanyalah kawasan yang mudah bagi pengkaji selidik masuk atau contact, seperti di bandar-bandar. Misal kata lah kaji selidik ya lebih masuk kepada bahagian pendalaman sabah sarawak, sudah tentu paling popular adalah BN. Lain kali, nak molah kaji selidik, polah dengan lebih meluas dan pendekatan yang lebih mendalam. NAH! disebabkan kaji selidik ya tadik telah menyebabkan pihak pembangkang over confident dan akhirnya apabila keputusan keluar, sidaknya sik dapat terimak kenyataan.
Macam toklah , lain kali nak, mun bena-bena mok menahluki Putrajaya, pakatan harus menguasai parlimen Sabah dan Sarawak. Dan cara berkempen, baik kerajaan mahupun pembangkang, sik perlu lah ungkit perkauman, fitnah, serangan peribadi. Rakyat jemu dah..... boringgggg.......hahaha. Rakyat mahukan satu perbincangan yang menjurus kepada pembangunan dan pencapaian negara. Negara kita sudah cukup maju. Sekda yang sik makan. Malah mati sebab makan gik ada, macam kencing manis, darah tinggi. haaa....mun sik makan ya, nang pemalas lah orang ya. sik pat gik nak nolong orang macam ya...... udah lah politik yang sik profesional tok.k. cukuplah.....
Dan kepada rakyat. khususnya remaja, boh jadi kuda atau asuk politik. orang suruh tukar profile picture ke hitam,kita tukar juak. Padahal kita sik tauk kesahihan cerita. Orang ngajak kita merusuh, kita ekot juak. Jangan kelak kita yang berhabis, orang atas selesa duduk di opis dan mengaut kekeayaan. Kita kena matang dalam politik. Wahai remaja, politik bukan mainan, bukan trend, bukan untuk kita mencari personaliti, tetapi politik adalah masa hadapan. Masa hadapan yang bakal kita tinggalkan kepada anak cucu kita akan datang.
Jadilah rakyat yang bijak. Kita lihat jak politik di Amerika Syarikat, atau negara maju, sidaknya bermusuh semasa kempen, dan selepas keputusan keluar, Obama dan ROMney berjabat tangan, dan romney mengucapkan tahniah kepada Obama, dan Obama terus menghormati lawannya, dan Obama menyeru rakyat Amerika terus bersatu untuk memajukan negara. Politik tok yang kita mauk, politik yang lahir dari pemikiran yang sangat profesional dan perjuangan untuk negara, bukannya dari hati dan perasaan semata- mata.
Akhir sekali, harapan sebagai rakyat Malaysia, diharap, semua dapat menghormati keputusan PRU 13, dan kerajaan yang memerintah terus mendahulukan rakyat dan memajukan negara dengan pembangunan-pembangunan yang telah dirancang. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus terus bersama-sama, sik kira bangsa agama dan fahaman politik untuk meletakkan Malaysia sebaris dengan negara maju yang lain.
No comments:
Post a Comment