Monday, May 20, 2013

SARAWAK.....APA NAK JADI?? (pemimpin tua bangka harus berundur)

Salam 1malaysia. Dua tahun dari sekarang Sarawak bakal menghadapi satu lagi pilihanraya DUN. Untuk memilih siapa bakal mentadbir negeri Sarawak yang kaya dengan hasil bumi dan mempunyai pelbagai kaum, bahasa dan budaya. Sungguh unik sekali, bukan.

Terima kasih kepada kepimpinan terdahulu dan sedang mentadbir, kerana mentadbir Sarawak, walau hakikatnya Sarawak masih serba kekurangan. Paling menyedihkan, Sarawak masih ketinggalan jauh di belakang negeri-negeri lain. Saya mengakui pendapatan Sarawak lebih tinggi berbanging negeri lain,  tetapi, bagaimana pula dengan taraf hidup rakyat Sarawak, lebih-lebih lagi yang berada dipendalaman, adakah sama dengan kehebatan pendapatan kita????. Isu-isu infrastruktur yang selalu menjadi persoalan dan topik hangat. Isu air bersih, bekalan elektrik dan jalanraya berturap. Itu baru kelengkapan asas, belum lagi menyentuh klinik, sekolah berhampiran dan sebagainya.

Negeri Sarawak memerlukan pemimpin yang lebih aktif dan bertenaga, yang turun padang, yang mendengar masalah dan luahan rakyat. Yang menjadi persoalan, dimana wajah wakil rakyat ini selepas memenangi pilihanraya???? adakah hanya duduk di pejabat atau mengumpul kekayaan peribadi. Seringkali, ada dikalangan atau sesetengah wakil rakyat, apabila ada majlis rasmi atau tidak rasmi bersama masyarakat , mereka hanya menghantar wakil untuk mewakili mereka, contohi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana beliau menghadiri semua majlis bersama rakyat dan ini tidak menghampakan rakyat. 

Kita sedia maklum, negeri Sarawak sangat besar dan hampir menyamai tanah semenanjung. Memang satu cabaran besar bagi pemimpin di negeri Sarawak untuk membangunkan Sarawak. Oleh sebab itu, negeri Sarawak memerlukan pemimpin yang bijak dan mampu menggunakan semua kelebihan yang ada seperti contoh kepakaran urus tadbir yang cekap dan amanah (PEMIMPIN RASUAH HARUS DIBUANG).  Pemimpin juga harus berfikiran terbuka dan menerima pendapat, cadangan mahupun apa jua kritikan, kerana kita perlu telus dalam apa jua masalah. Bukannya sebagai pemimpin kita merasa kita sentiasa ditempat yang benar dan harus dituruti. KENA Ingat, rakyat yang memilih anda. Suara rakyat adalah suara yang harus anda turuti.

7 tahun sahaja lagi, tahun 2020 adalah tahun Malaysia menjadi sebuah negara maju. Kita harus fikir masa depan anak cucu kita, jangan terlampau memikirkan maruah diri sendiri dan keluarga sendiri dek kerana inginkan kuasa dan harta kekayaan supaya masyarakat memandang anda, anda hanyalah pekerja kepada rakyat , jangan gadaikan masa depan rakyat dek kerana ketamakan anda. KAMI MAHU PEMIMPIN RAKYAT. bukan pemimpin keparat.










Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU

BERDIRI SEMUA

"selamat pagi cikgu"

DUDUK

"terima kasih cikgu"

Lafaz yang perlu diucap tiap kali cikgu masuk dan keluar kelas.

Rindu zaman sekolah . Bila teringat zaman kecik-kecik, banyak kisah yang sikpat dilupak. Sangat berbeza dengan alam dewasa yang dijalani hari ini. Namun zaman kanak-kanak, tetap zaman kanak-kanak. Sekpat nak ulang gik.

Terima kasih cikgu, atas segala jasa yang telah dicurahkan. Maaf andai kekadang terlebih, cikgu tetap bersabar dengan karenah anak-anak yang masih kurang matang ini. Ejaan A hingga Z, 1 hingga 10, tetap cikgu tersenyum walaupun perlu berulangkali untuk memastikan anak didikmu mengenal ilmu pengetahuan.

Sekda benda dalam dunia tok mampu aku beli untuk bayar jasa cikgu, yang ada hanyalah doa, semoga cikgu panjang umur dan dimurahkan rezeki.

TERIMA KASIH CIKGU! :)

Friday, May 10, 2013

DEKAN BUKAN PENENTU MASA DEPAN

Alhamdulillah tarikh 9 may 2013, telah kita tempuhi. Bagi pelajar UiTM diseluruh Malaysia, kita telah mendapat keputusan masing-masing. Tahniah bagi yang berjaya, lebih-lebih lagi yang mendapat keputusan dekan. Dan jangan berputus asa bagi yang menghadapi kegagalan atau keputusan yang tidak memuaskan. Kegagalan bukan satu titik noktah akhir, tetapi kegagalan adalah satu "benchmark" untuk menjamin masa depan.

Bagi yang mendapat keputusan cemerlang, jangan duduk selesa, lebih banyak dugaan selepas ini, dan bagi sesiapa yang menghabiskan diploma dengan keputusan cemerlang tahniah, semoga lebih banyak kejayaan yang bakal dikecapi.

Berbalik kepada tajuk yang saya ingin kupas, adalah berkenaan Dekan Bukan Penentu Masa Hadapan siswa dan siswi. Ini adalah kenyataan. Bukan hanya merujuk kepada pelajar UiTM tetapi seluruh pelajar institusi pengajian tinggi diseluruh Malaysia.

Ada yang menyatakan pendapat, jika mendapat keputusan 3 pointer atau dekan, kita dapat membina masa hadapan. ITU FAKTA YANG SALAH. Walaupun saya mengakui kenyataan itu benar, tetapi kita lihat pada hari ini, ramai dikalangan mahasiswa dan mahasiswi yang menganggur, sedangkan pelajar yang hebat dengan keputusan dekan pun menganggur apatah lagi pelajar yang kurang cemerlang.

Ini kita kena persoalkan sistem pendidikan negara. Baik pendidikan di sekolah mahupun diperingkat tertinggi. Adakah universiti hanya melahirkan pelajar yang hebat pada kertas dan menghafal teori . Dan ini sekaligus memaksa pelajar ini menumpukan pada teori dan tidak terdedah pada pratikal kursus tersebut. Jadi disini "softskill" kurang di "polish".

 Hanya merujuk kepada keputusan ujian , tetapi pada keupayaan memikirkan sesuatu yang baru akan terbantut (R&D), kerana apa yang pelajar perlu lakukan adalah WAJIB untuk mengikut buku yang telah ditulis. Secara tidak langsung, apabila di pasaran, pelajar-pelajar ini akan hanyut, kerana tidak didedahkan dengan realiti dunia luar universiti yang sebenar dan kurang pengalaman  selain tidak berani untuk bertindak. 


Jika pembaca pernah menonton filem "3 idiot" ,saya rasa ramai yang memahami kritikan masyarakat yang dilontarkan disitu. Bagi yang belum menonton filem tersebut, saya sarankan anda untuk memahami perjalanan cerita tersebut.

Mengapa masih universiti kita tiada diperingkat 200 terbaik dunia???? saya rasa , semua tahu jawapan nya, dan tidak perlu saya terangkan.

 Disini ada beberapa individu yang kita boleh jadikan teladan dan contoh.

Antaranya :
 
1) Syed al-bukhari, jutawan bumiputra yang hanya berkelulusan SPM. 

2) kadhar shah ,Pengarah Urusan Nasmir Holding, memiliki 13 buah cawangan nasi kandar terkenal di    P.Pinang , Kedah dan Perak. Pada usia 18 tahun bekerja sebagai pembuat roti canai di singapura dan bekerja selama 18 jam sehari.

3) Paul Otellini, Presiden dan CEO Intel Corp, salah sebuah syarikat terbesar komputer dunia. Beliau dipandang rendah dan dihina ketika zamannya kerana bekerja sebagai penjual bekas makanan. Namun dengan jati diri yang tinggi beliau menyambung pelajaran di UC berkeley ,walau pun pada masa itu masih lagi membuat kerja sambilan.

4) Thomas Edison. Pencipta lampu, yang menghadapi 700 kegagalan, namun akhirnya berjaya, kerana beliau percaya, kegagalan adalah satu kemenangan. Walaupun beliau tidak menghabiskan persekolahannya tetapi setiap yang dilaluinya dianggap satu pelajaran. Beliau memiliki pengetahuan lebih daripada mereka yang masuk universiti ketika itu. Hari ini ciptaannya mengubah dunia buat selama-lamanya.

5) Khusairie Bani Hashim. Usahawan Hartanah Melayu yang berjaya. Usia 21 tahun, berbekal wang RM 50 yang dipinjamkan oleh ibunya ke Kuala Lumpur, hanya bertahan selama sebulan. Hidup merempat di kaki lima Masjid India selama 3 bulan berturut-turut. Hanya makan roti canai dan minum air paip demi menjimatkan wang. Menjalankan dua pekerjaan sebagai tukang basuh pinggan di kedai mamak dan mendapat pekerjaan menjaga stor dengan pendapatan RM260. Seterusnya beralih kepada pencuci kereta dan pembuka kepada kejayaan beliau adalah apabila beliau menceburi bidang penjual kereta yang hanya mengharapkan komisen tetapi berjaya menjana pendapatan sehingga rm2000 sebulan. Akhir sekali beliau memberanikan diri untuk menceburi bidang hartanah. Kini, beliau mencapai kejayaan yang hebat dengan memiliki lima buah anak syarikat yang melibatkan bidang hartanah, kejuruteraan, bioteknologi, dan pelbagai bidang pelaburan yang melibatkan nilai berpuluh juta ringgit.

NAH! lihat pada kejayaan 5 individu ini, bukanlah pada akademik semata-mata. Tidak perlu menghadapi ujian yang merujuk kepada buku. Tetapi mereka berani membuat keputusan dan cekal dalam apa jua cabaran ditempuhi. Mereka juga berjaya mengawal ujian dunia luar yang sangat hebat dan bagi yang tiada kekuatan fizikal dan mental mereka akan tewas.
 

 Apa yang saya ingin bangkitkan adalah, kita sebagai anak muda, harus kental, berani dan sentiasa memandang kehadapan dan perlu ada jati diri yang utuh. Apa jua cabaran yang kita hadapi kita kena tempuh untuk mendapat keputusan yang baik. Jangan belajar untuk menyalahkan pihak lain jika kita menemui kegagalan, bukan tanggungjawab pensyarah,kerajaan ibu bapa semata-mata, namun ianya bergantung pada diri sendiri sama ada mahu atau tidak melakukan perubahan. INGAT! pilihan kita hari ini adalah masa depan kita dihari mendatang.

Walaupun diatas kertas kita memang baik, dan kadang kala tidak dapat dipersoalkan, tetapi adakah mampu kita memenuhi permintaan pasaran yang mahukan tenaga kerja yang boleh memberikan keuntungan kepada sesebuah organisasi. Saya rasa anda mampu bertanya pada diri anda sendiri tentang hal ini.

Tidak perlu saya ulas lebih lanjut dan panjang lebar, masing-masing diantara kita manusia diberikan akal untuk berfikir dan membentangkan pendapat masing-masing. Sama ada yang bersetuju atau tidak bersetuju itu hak individu untuk memberi apa jua pendapat. Tepuk dada, tanya akal yang ada!

Sekali lagi, sekalung tahniah saya ucapkan kepada yang berjaya dalam mendapat keputusan yang cemerlang , tidak bermakna penulisan saya ini untuk menjatuhkan moral anda, tetapi untuk bersama-sama mengingatkan diri saya dan semua,  cabarannya diluar sana lebih besar. Bagi yang gagal saya harap kisah kejayaan 5 individu tadi mampu menjadi pendorong kepada kebangkitan anda.

Semoga kita mencapai kejayaan didunia dan akhirat. in sha Allah.

 

 

 

Tuesday, May 7, 2013

PRU 13 #LAIN KALILAH

5 mei 2013, seluruh rakyat Malaysia, telah menyaksikan sekali lagi keputusan memihak kepada Barisan Nasional. haha....tahniah BN. so , blom BE END lagik, seperti yang diuar-uarkan. Walaupun ada beberapa kerusi parlimen yang hilang dari genggaman BN, namun, majoriti masih memihak kepada BN, dan diharap post-mortem yang dijalankan bakal menemui penyelesaian untuk merampas kembali kerusi BN yang hilang, khususnya dikawasan bandar.

Tahniah juak kita ucapkan di bahagian negeri, dimana BN berjaya merampas negeri KEDAH, yang sekarang diterajui oleh anak Tun Mahathir , iaitu Mukhriz Mahathir. BN gagal merampas selangor , kelantan dan Pulau Pinang. Namun begitu, di Kelantan, penerimaan BN  semakin ketara, apabila ada kerusi yang diambil alih oleh kerajaan Barisan Nasional. Sik lupak juak nak ucapkan tahniah kepada Ketua Menteri P.Pinang Lim guan eng,kerana mengekalkan pakatan rakyat sebagai parti memerintah.

Dalam PRU 13 kali tok juak, kita menyaksikan beberapa kejutan, yang mana nama-nama besar banyak kalah dalam pertandingan kali tok. Antaranya, Abdul Ghani bekas Menteri Besar Johor, bekas Ketua Menteri Melaka, seterusnya, Haron Din, Mat Sabu, Ibrahim Ali dan beberapa pemimpin MCA. Mun bena pilihanraya kali tok sik bersih, sik mungkin orang BN pun boleh kalah nak????

#INI KALILAH perlu ditukar ke #LAIN KALILAH, hehehe, bukan apa, sikap terlampau yakin Anwar menyebabkan nya sendirik malu. Dan terbaru nak molah perhimpunan di stadium Kelana Jaya dan PR ada plan nak molah BERSIH 4 ,adoi, nang nak merusuh ajak la kerja sidak pembangkang tok....sik cukup dengan ya kelak, tabor fitnah. . lepas ya, pakatan mention Pasal blackout, yang pengikut bodoh tok tek, yang siktauk cerita, ekot ajak. Pasal bangla, pasal dakwat, semua mok diungkit masa kalah. 

Sebelum pilihanraya, bukan main megah dan bangga dengan menyatakan undi popular adalah memihak kepada pakatan rakyat. COME ON LAH, yang di interview hanyalah kawasan yang mudah bagi pengkaji selidik masuk atau contact, seperti di bandar-bandar. Misal kata lah kaji selidik ya lebih masuk kepada bahagian pendalaman sabah sarawak, sudah tentu paling popular adalah BN. Lain kali, nak molah kaji selidik, polah dengan lebih meluas dan pendekatan yang lebih mendalam. NAH! disebabkan kaji selidik ya tadik telah menyebabkan pihak pembangkang over confident dan akhirnya apabila keputusan keluar, sidaknya sik dapat terimak kenyataan.

Macam toklah , lain kali nak, mun bena-bena mok menahluki Putrajaya, pakatan harus menguasai parlimen Sabah dan Sarawak. Dan cara berkempen, baik kerajaan mahupun pembangkang, sik perlu lah ungkit perkauman, fitnah, serangan peribadi. Rakyat jemu dah..... boringgggg.......hahaha.  Rakyat mahukan  satu perbincangan yang menjurus kepada pembangunan dan pencapaian negara. Negara kita sudah cukup maju. Sekda yang sik makan. Malah mati sebab makan gik ada, macam kencing manis, darah tinggi. haaa....mun sik makan ya, nang pemalas lah orang ya. sik pat gik nak nolong orang macam ya...... udah lah politik yang sik profesional tok.k. cukuplah.....


Dan kepada rakyat. khususnya remaja, boh jadi kuda atau asuk politik. orang suruh tukar profile picture ke hitam,kita tukar juak. Padahal kita sik tauk kesahihan cerita. Orang ngajak kita merusuh, kita ekot juak. Jangan kelak kita yang berhabis, orang atas selesa duduk di opis dan mengaut kekeayaan. Kita kena matang dalam politik. Wahai remaja, politik bukan mainan, bukan trend, bukan untuk kita mencari personaliti, tetapi politik adalah masa hadapan. Masa hadapan yang bakal kita tinggalkan kepada anak cucu kita akan datang. 

Jadilah rakyat yang bijak. Kita lihat jak politik di Amerika Syarikat, atau negara maju, sidaknya bermusuh semasa kempen, dan selepas keputusan keluar, Obama dan ROMney berjabat tangan, dan romney mengucapkan tahniah kepada Obama, dan Obama terus menghormati lawannya, dan Obama menyeru rakyat Amerika terus bersatu untuk memajukan negara. Politik tok yang kita mauk, politik yang lahir dari pemikiran yang sangat profesional dan perjuangan untuk negara, bukannya dari hati dan perasaan semata- mata.

Akhir sekali, harapan sebagai rakyat Malaysia, diharap, semua dapat menghormati keputusan PRU 13, dan kerajaan yang memerintah terus mendahulukan rakyat dan memajukan negara dengan pembangunan-pembangunan yang telah dirancang. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus terus bersama-sama, sik kira bangsa agama dan fahaman politik untuk meletakkan Malaysia sebaris dengan negara maju yang lain.





Wednesday, April 17, 2013

EH, ada orang nganok kaulah!!! dari sini?? dari belakang... owh

Anok blakang, dah macam sekda apa dah . Mun bagi orang yang sentiasa berfikiran positif, anok dari belakang tok, sik jadi masalah. Mun bahasa jaik nya, k kentut jak . " eeee jaiknya bahasa ". hehe......

Tapi berbeza bagi orang yang mok gilak ambik kisah orang anok nya dari belakang tok, ada di kalangan individu tok terus down, sekpat nak molah apa-apa , terus terdiam. Aku just boleh nasihat, boh lalek orang nak nganok kita dari belakang. Coz dosa kita nya ambik, pahalanya, kita ambik. Akhirat sesuatu yang pasti dan alam selepas dunia tok kelak kekal, maksudnya, dunia tok sementara jak, sik kisah lah kita tok jaik dimata orang, yang penting, ALLAH tauk apa kita polah, baik buruk,dosa pahala, ya hak Allah. Bukan MANUSIA. jangan jadi kisah tok :
macam toklah akibat kita layan gilak apa orang padah tentang kita.



Budaya dah sebenarnya anok dari belakang, sik kira lah orang yang berpendidikan , apatah agik orang yang sekda pendidikan, hmmmmm, agik dasyhat.Nganok dari belakang tok , bagi akulah, ada 3 kategori. baiklah, biar saya terangkan satu persatu :

KATEGORI PERTAMA :

nya tok menjaik orang dari belakng jak tauk, tapi sik menegur terus individu yang di jaiknya.

contoh :

"nya ya dolok terkepong2 an aku, bukan bagus gilak perangei nya ya "
              (dolok kau juak yang mauk, rasa kacak la kau tek???)

"nya pernah padah I LOVE YOU kat aku, tapi yalah, bla....bla...bla...."
   (padahal ko sendirik yang ngegeh)

"boh ko rapat an nya tok perogol, jaik olah, peminum " (padahal orang sik ngaco kau pun,skatinya la mok mabok ka apaka, halnya ngan ALLAH, kau tek nganok orang, kau bagus gilak???)

haaaaaa..........tok lebih pada orang yang bruk break or nya nang sik suka nangga individu tersebut.


KATEGORI KEDUA :

nya tok menjaik individu tersebut, lepas ya tek, bila didepan individu yang dah dijaik n dikutuknya tek, pijak semut pun sik mati.

contoh lepas nya nganok :

"hai, apa khabar kau tek? yarabi, rindu ngan kau bah, bleh pinjam rm80 sik? pake kmk bla...bla..bla..."   
 (dalam hati, menyampah)
                                        atau

"leh sik pinjam kereta?"         (pasya kelak, sambung gik nganok dari blakang)

ish3....dah nganok leh gik sik pande malu cmya......huhu


KATEGORI KETIGA :

nya nganok dari belakang , padahal, kawan rapatnya sendirik, yang sama makan dengannya, sama main, mun mok lebih dashyat gik, sama berak, rakan seangkatan  ngumpat orang lain....haaaaa....dasyhat kategori tok eh....


toklah kategori yang ada, siktauklah yang selebihnya, benda tok sekda kaitan dengan sepa-sepa, mun terasa, maaflah, tapi toklah realiti kehidupan. Yang kita sikdapat nak elak. sama-sama kita muhasabah dirik, untuk mengelak api neraka. INGAT! kerana mulut , kita ada potensi jadi penghuni neraka, ya mun cerita hal akhirat, mun didunia, kerana mulut badan binasa. pande-pande kaulah nak lari, mun dah orang nait angin tegal mulut kau tek...binasa kau...habis2...hehehe


Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : “Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor”
(Riwayat Bukhari)

“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat Abu Naim)

hukum Allah, hukum pasti. ingat-ingatlah. ish2....mulut-mulut.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

PRU 13 (ibu segala pilihanraya)

Assalammualaikum dan salam sejahtera , akhirnya, ada juak masa untuk menulis di laman blog tok, dah sekian lamak menyepi. Sebelum tok aku menulis melalui mawar dan merpati putih, now , blog mawar dan merpati putih dah aku tinggalkan, hehe, so aku just post melalui blog baru aku iaitu Khaleed Waleed KW, kira pake nama aku sendiriklah k.

Kepada pembaca mawar dan merpati putih, beralih lah ke blog Khaleed Waleed KW ok, terima kasih atas sokongan kitakorang yang terus membaca dan memberi komen tentang penulisan aku, walaupun yang masih pada tahap amatur tok.

  " (eeeeeeeeeeee, ngegehnya , adaka orang baca) ",

 terpulanglah pada individu mok padah apa nak..hehehe..ada aku kesah......

so, now banyak orang tengah berbicara mengenai pilihan raya umum ke 13,





 bak kata orang-orang media dan pemerhati politik, tok adalah " ibu segala pilihanraya " dimana peluang untuk menang adalah 50-50. Baik pakatan rakyat mahupun Barisan Nasional, kedua-dua belah pihak ada peluang untuk menang. Ada orang padah BN bleh menang besar






 dan ada juak orang padah Anwar ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Ke 7.




WOW, makin hangat, tapi , baru jak semalam, Barisan Nasional mengumumkan calon yang bakal bertanding, baik di DUN mahupun Parlimen. Ada reaksi yang gembira dan sik kurang juak yang sik puas hati dengan pemilihan calon. Tapi bak kata Najib, toklah adalah antara pilihan terkuat BN kali tok. okokokokok, wait n see. Pakatan sik lamak gik nya akan umumkan calon sidaknya, harap pastok semua bertanding dengan bersih lah, jangan tauk nganjur bersih jak, tapi dirik sendirik sik bersih, haaa, yang sorang tok sama juak, jangan mala jak nyebut satu, lak dah menang, harap2 rakyat cam mekorang tok terus didahulukan dengan pencapaian diutamakan.

Manifesto pun dah kuar, erm, bolehlah.............., manifesto setiap parti baik kerajaan mahupun pembangkang, kedua-duanya, mementingkan kepentingan rakyat, ok, that sound good, tpi harap lah, ditunaikan, Allah siksuka orang berjanji, tapi sik ditunaikan. hehe.....





. sebenarnya sik kira parti ni yang memerintah, tapi kita kira sapa individu yang memerintah, sama ada individu ya, ada potensi atau sik untuk membangungkan negara kita Malaysia tok. Dahla sik lamak gik nak mencapai negara maju tahun 2020 yang diaspirasi oleh Tun M. Dalam pembangunan dan kemajuan yang kita mok kecapi tok pun, rakyat sikmok rasa ditindas, rakyat mauk pemimpin yang turun padang, mendengar suara rakyat, berik perhatian untuk rakyat , mun boleh tido sekatil kah dengan rakyat haaaaa........tetapi bukan nya pemimpin yang bila dihampar dengan karpet merah baruk nak turun, bila polis ada "guard"nya bruk nak turun, disambut dengan bunga roset, eh, roset ka nama benda ya, siktauk juaklah, yang slalu bunga penyambut tetamu engkah kat poket ya bha , eh lalek lah, apa gik owh, bukannya pemimpin yang tauk duduk d opis kumpol harta, rakyat dah jemu dengan pemimpin macam ya, yang lebih teruk agik, bila majlis, dalam program bukan main gik pukol 8.30, tapi datang pukol 9 kadang nak dekat pukol 10, apa jenis pemimpin camya, haaaa, cam aku juak, kelas kol 8 , aku turun kol 8.30, pey kenak anok dengan lecturer hehe, tapi aku sik salah, sebab pemimpin aku yang ajar, aku ekotlah hehehe....

kejemuan rakyat yalah punca segala punca, menyebabkan berlakunya tsunami 2008 yang mana 5 negeri jatuh ketangan pembangkang. Haaaaaaaaaaa, gik rasa takorang, tapi aku suka juak wujudnya pembangkang tok , baruklah kerajaan tok bangun dari tido zzzzzzzzzzzzzzzzz, yang sik pernah turun padang lalu pande turun padang, siap  ngorek padang gik, masok lam padang, haaaa dasyhat sik, sik mintak duit , kerajaan berik duit, RM500  oklah ya dari sekda,udah ya tek  biak skolah diberik seratus, dan biak U tok tek diberik Rm250 k bli buku, mun jak buku dibeli hehehe, (ada pengalaman bha ) dan banyak gik lah kerajaan berik perhatian.





 . So tok sebenanya yang dimauk oleh rakyat, bukan duit, tapi hak rakyat, hak melontarkan pendapat dan suara. Pemimpin yang dipilih harus sedar, tanpa rakyat, sidak sik ditempat sidak berada nektok.

kepada rakyat juak, janganlah nangga orang bertepok, kita bertepok, orang bersorak, kita pun bersorak. Kita bukan sapi, ok, kita ada akal, kita boleh fikir dan menilai, yang betol dan yang salah. Jadilah rakyat yang bijak, bukan nya jadi alat atau diperalat oleh pihak tertentu, dan jangan juak ekstrem gilak. Aku baruk jak dengar berita di TV3, yang ada penyokong kelai berebut tapak bendera, kan dah kenak tangkap dah takorang, ada ahli atau parti politik mok membela takorang??????, so , jangan bertindak tanpa berfikir, mun mok fanatik skali pun, pangkah jaklah pada kertas undi ok.

camtok bha.......
 haaa, kan senang pangkah ....sik susah pun

so kita tunggu lah 20 april tok penamaan calon dan 5 mei, kita akan tauk, siapa bakal menerajui Putrajaya. Kepada 13 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi, selamat mengundi.